Denda RM10,000 jika merokok di kedai makan mulai 1 Januari 2020

Denda RM10,000 jika merokok di kedai makan mulai 1 Januari 2020

News
KUALA LUMPUR: Tindakan penguatkuasaan undang-undang terhadap perokok yang ingkar akan larangan merokok di semua premis makanan akan bermula 1 Januari 2020. Menteri Kasihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sehingga kini, pihaknya sedang giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan selain menekankan aspek pendidikan dalam isu berkenaan. “Sebanyak 146,607 premis makanan telah diperiksa dan 31,422 notis amaran telah dikeluarkan. “Dari jumlah tersebut, sebanyak 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal meletakkan tanda larangan merokok serta 3,889 notis dikeluarkan bagi orang yang didapati merokok di kawasan kedai makan. “Sejumlah 23,805 aduan pula telah diterima semenjak Januari 2019 sehingga 3 November 2019,” katanya semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) di waktu pertanyaan menteri, di Parlimen, pada Khamis. Mulai 1 Januari depan, perbuatan merokok wajib dilakukan di…
Read More
Majlis Perasmian Rumah Contoh Ehsan

Majlis Perasmian Rumah Contoh Ehsan

Business, News
Pada 06 Oktober 2019 telah berlangsung Majlis Perasmian Rumah Contoh Taman Mawar Ehsan, Pedas Negeri Sembilan. Ia telah dijalankan dengan jayanya. Rumah Teres 2 Tingkat berkonsepkan moden dan Kontemporari ini dibina berhampiran LebuhrayaUtara - Selatan selepas Exit Tol 223 Pedas. Majlis telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar Exco & Adun Labu , YB Tuan Haji Ismail Bin Ahmad. Dan turut hadir pada Majlis tersebut ialah Pengerusi Kongress India Muslim Malaysia (KIMMA) Datuk Sri Syed Ibrahim Kader. Tahniah kepada Ceo dan Pengasas Ehsan Group Of Companies, Dato' Haji Abdul Hamid Bin PV Abdu dan pasukan Ehsan Group Of Companies di atas perasmian Rumah Contoh Taman Mawar Ehsan ini. Semoga Ehsan Property terus maju dan jaya di masa hadapan. Sumber : https://www.facebook.com/EhsanProperty/ Gambar : Klik di sini
Read More
IMIGRESEN SERBU PREMIS SINDIKET PEMALSUAN DOKUMEN

IMIGRESEN SERBU PREMIS SINDIKET PEMALSUAN DOKUMEN

News
KENYATAAN MEDIA JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA 24 SYAWAL 1440 HIJRAH / 28 JUN 2019 Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah mengadakan siri operasi OPS SERKAP & OPS GEGAR di sekitar Taman Perindustrian Belmas Johan, Rawang, Selangor bermula 7.30 malam 26 Jun 2019 di dua buah premis iaitu kedai gambar dan pusat refleksologi. Kedai gambar ini disyaki menjadi tempat operasi sindiket pemalsuan dokumen oleh warga asing. Operasi ini disertai 18 orang pegawai imigresen dari, Bahagian Perisikan, Operasi Khas dan Analisa. Hasil pemeriksaan di premis tersebut berjaya menahan seramai 03 lelaki warganegara Bangladesh, 02 lelaki warganegara Vietnam, 01 lelaki warganegara Indonesia, 02 wanita warganegara Indonesia. Selain itu, 02 wanita warganegara Vietnam turut ditahan di pusat refleksologi dan spa kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah semasa pemeriksaan. Semasa serbuan dilakukan, terdapat cubaan melarikan diri…
Read More
Tular dokumen palsu Jabatan Imigresen

Tular dokumen palsu Jabatan Imigresen

News
Satu imej dokumen palsu menggunakan nama Jabatan Imigresen, logo dan tandatangan Ketua Pengarah Imigresen ditular di media sosial mengatakan operasi akan dilakukan di beberapa kawasan di Selangor. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak terperdaya dengan surat-surat palsu dan mohon laporkan kepada Jabatan Imigresen jika ada sebarang surat atau dokumen yang meragukan.
Read More
Helah dokumen pada agen tidak menjadi

Helah dokumen pada agen tidak menjadi

News
SHAH ALAM - Helah sebilangan warga asing termasuk dokumen perjalanan pada agen gagal mengaburi pihak berkuasa apabila diberkas dalam operasi di tiga buah daerah di Selangor, semalam. Dalam operasi selama tujuh jam bermula pukul 4.30 petang itu berjaya menahan seramai 43 pendatang asing tanpa izin (PATI) berusia 17 hingga 43 tahun di daerah ini, Subang Jaya dan Klang. Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, serbuan melibatkan kedai gunting rambut, restoran, pasar raya, premis urut dan penempatan penduduk susulan aduan orang awam mengenai lambakan warga asing. "Semasa serbuan dilakukan didapati ada antara mereka cuba melarikan dan bersembunyi di balik pintu premis bagi dicekup pihaknya. "Ada juga PATI mendakwa bukan bekerja di lokasi dan cubaan meloloskan diri dengan membuat helah dokumen berada pada agen untuk lanjutan pas," katanya dalam kenyataan di…
Read More
60,000 kg ayam beku diragui status halal cuba dibawa masuk ke Malaysia

60,000 kg ayam beku diragui status halal cuba dibawa masuk ke Malaysia

News
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Perlis berjaya menggagalkan dua cubaan membawa masuk ayam beku yang diragui status halalnya dan buah mangga mengandungi haiwan perosak. MAQIS dalam satu kenyataan semalam, berkata pihaknya berjaya menghalang kemasukan keratan ayam beku ke negara ini pada Sabtu lepas (1 Jun). Katanya ayam tersebut seberat 60,000 kilogram bernilai RM500,000 didapati tidak mempunyai label yang mengesahkan ayam itu disembelih daripada loji diperakui oleh negara pengeksport iaitu Thailand. Perbuatan mengimport keratan ayam sejuk beku yang tidak mematuhi syarat-syarat permit import MAQIS menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) dan 15(2), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728), kata kenyataan itu. Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali. MAQIS berpendapat status halal daging ayam tersebut…
Read More
Gantian pekerja asing

Gantian pekerja asing

News
Menteri Sumber Manusia , M. Kulasegaran mengeluarkan kenyataan media, mengatakan Penggantian pekerja asing telah dibuka semula. Para majikan boleh meminta gantian untuk pekerja yang telah pulang ke negara asal, mulai 1 Julai 2019. Kelulusan penggantian akan ditentukan mengikut keperluan sebenar majikan. https://youtu.be/ayGz7zy1Fjw
Read More
Agensi pekerjaan tawar khidmat program pemutihan warga asing palsu diserbu

Agensi pekerjaan tawar khidmat program pemutihan warga asing palsu diserbu

News
Dua pengarah serta seorang pegawai pemasaran sebuah syarikat agensi pekerjaan beralamat di Seri Kembangan, Selangor, ditahan Jabatan Imigresen kerana disyaki menawarkan khidmat pendaftaran program pemutihan warga asing palsu, pagi tadi. Foto : NSTP Tangkapan dibuat menerusi operasi bersepadu antara Jabatan Imigresen bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Pasukan Petugas Anti Pemerdagangan Orang (MAPO) Kementerian Dalam Negeri (KDN), hasil maklumat dan risikan pada jam 10.30 pagi. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Indera Khairul Dzaimee Daud, berkata dalam serbuan itu juga, sejumlah 29 pasport asing, resit pendaftaran serta iklan dirampas untuk tindakan lanjut selain menahan seorang warga asing disyaki menyalah gunakan pas dengan bekerja di premis terbabit. “Hasil risikan, individu atau syarikat berkenaan dikesan menyasarkan majikan dan Pendatang Tanpa Izin (PATI) untuk mendaftar program terbabit menerusi media sosial dengan mengenakan bayaran tertentu sebagai…
Read More