Malaysia & International Muslim Business Directory

Email Us

info@yourdomain.com

Call Us

+01 3434320324

Find Us

234 Littleton Street

Logo halal JAKIM jangan disalah gunakan

Kotor dan guna logo halal tanpa kebenaran, kilang kicap diarah tutup.

Berita seperti ini sering kita baca dan kita akan lupa setelah beberapa hari.
Kita tidak tahu apa yang berlaku selepas itu.
Adakah kilang itu dibenarkan beroperasi semula dengan label baru tanpa logo halal? Apakah susulan tindakan pihak berkuasa?

Apabila logo halal dicetak pada bungkusan produk makanan, para pengguna yakin produk yang merka beli itu halal dan mula membeli produk itu. Tepi adakah logo halal itu diiktiraf oleh JAKIM ?

Mengeluarkan produk bukan halal dibenarkan di Malaysia tetapi bungkusan atau label produk itu tidak dibenarkan mengandungi logo halal JAKIM.

Hal hal begini tidak sepatutnya timbul. Pemantauan oleh pihak berkuasa harus dilakukan  untuk memastikan logo halal tidak disalah gunakan demi untuk melinduingi pengguna.

Ada syarikat yang mendapatkan sijil halal JAKIM secara sah. Syarikat syarikat ini juga perlu dipantau setelah memperoleh sijil halal JAKIM supaya tiada unsur haram dicampur dalam penyediaan makanan.

Sebuah hotel di Taiping yang mempunyai sijil halal di Taiping, Perak, didapati menyimpan bahan mentah tidak halal di premis mereka.
Untuk mengelakkan hal ini dari berulang, PBT dan ajensi kerajaan lain juga harus memainkan peranan mereka dalam usaha menjaga kesucian produk makanan halal.

Media juga harus mendedahkan nama syarikat yang menyalah gunakan logo halal JAKIM supaya pengguna dapat mengelakkan produk atau makanan yang dikeluarkan oleh syarikat itu, Pendedahan itu bukannya untuk menjatuhkan imej syarikat itu tetapi untuk memastikan pengguna tidak tertipu dengan logo halal.

Para pengguna boleh rujuk kepada laman web JAKIM, http://www.halal.gov.my/ untuk menyemak status halal syarikat pengeluar pdoduik.

Produk produk seperti ubat ubatan, minuman, rempah, minyak masak dan bahan masakan lain juga perlu mendapatkan sijil halal JAKIM.

Para pengusaha restoran dan kedai makanan harus membeli ayam dan daging dari pembekal yang mempunyai sijil penyembelihan halal.

 

Kredit : laman Facebook Restoran Maju Ahmad, Sungai Buloh


Advertise Here

Contact mimbusiness.com

Email | ☎ Call | Whatsapp

1
Leave a Reply

avatar
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
Abdul Hamid Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Abdul Hamid
Guest
Abdul Hamid

Nama kilang hantu ke??? Kalau kedai mamak siap dengan gambar no kp double standard phuuuiiii